Sunday, February 21, 2010

sebuah perjalanan....

Apabila perjalanan ini bermula,ianya dengan berseorangan jua bersendirian,lalui ditempuhi perjalanan itu dengan keadaan yang ragu ragu jua keliru,Ditengah tengah perjalanan itu Allah kurniakan orang orang yang disamping kita bersama mengharungi perjalanan itu yang pada hakikatnya berseorangan.Kita belajar mengenali peradaban,pengertian kasih sayang yang mengalir dan kepedihan ranjau perjalanan,Begitu pun rapatnya hubungan kemanusiaan seperti hubungan ayah dan ibu,jua suami dan isteri,namun penceritaannya tetap berbeza,dimana setiap insan mempunyai perjalanan ceritanya tersendiri yang tidak akan sama bahkan takkan sama dengan insan yang lainnya.Harta,anak,keluarga,kerabat,hanya datang sebagai persinggahan sahaja,ianya datang dan pergi.Dengan pengertian yang jitu,demi kehidupan ini dapatlah disingkap matlamat kehidupan yang hakiki,rasa cinta abadi bersama nikmat dan rahmat diberi,Akhirnya kita semua akan berada kedistinasi abadi.Carilah sesuatu yang dapat memberi nilai hidup agar kita semua tidak rugi.Yang Maha Pengatur lagi Mengasihi tetap bersama kita..

Wednesday, February 10, 2010

Sahibul hikayat

kata sahibul hikayat...Adalah seorang raja belia yang sangat luas ilmunya,termashur keadilannya kemana kemana.Tiba tiba ditinggalkan kerajaannya dan memisahkan diri serta menekuni beribadah menyembah Tuhan sehingga ianya zuhud.Maka sampailah berita ini kepada seorang maharaja yang lain.Maharaja ini tidak berasa senang hati lalu dikirimkan sepucuk surat yang berbunyi..... Tuan telah meninggalkan singgahsana kerajaan dan memilih hidup menjadi seorang zuhud.Kami minta supaya tuan beri kami keterangan apa sebabnya tuan memilih jalan ini,sebabnya kalau jalan ini yang benar dan membahagiakan,kami akan menuruti jejak tuan.Jangan tuan saja memperoleh bahagia.Sebab itu segeralah balas surat kami,beri kami keterangan supaya kami puas....Maka dibalas surat itu yang berbunyi....Ketahuilah olehmu wahai sahabat ku,bahawasanya kita semuanya adalah hamba Allah yang rahman lagi rahim.Dikirimkan kedunia laksana bala tentera yang dikirimke medan perang,Tentulah maksud orang yang mengutus kita tidak lain supaya kita menang. Ketika kita berhadapan dengan musuh,tak dapat tidak,kita terbahagi kepada tiga bahagian... Pertama; Pengecut yang berkeyakinan bahawa musuhnya lebih kuat daripadanya,lebih berat bahawa dia akan kalah,sebab itulah sebelum terjadi perang,dia sengaja mengelakkan diri dari medan perang,mencari jalan yang lebih damai,sebelum kena tawan lebih baik menyerah kalah. Kedua;Pendorong yang terlalu berani,padahal tak tahu tipu muslihat perang sehingga belum pun lama bertempur dia telah kalah dan jatuh dalam tahanan serta masuk dalam perangkap musoh. Ketiga ; Berani dan arif bijaksana,tahu tipu muslihat perang,dapat menentang musoh dengan sabar.Dia berperang sehingga memperolehi kemenangan. Adapun saya sendiri,setelah saya selidiki termasuklah saya kedalam golongan yang pertama.saya seorang yang lemah.sebelum kalah,lebih baik saya tinggal kan medan perang dan saya meminta damai.Saya tidak mengajak tuan meninggal kan medan perang.Hai sahabat ku,saya lebih berbahagia rasanya kalau tuan memilih golongan yang ketiga,yang berjuang dengan sengit dan beroleh kemenangan,Sebab itulah semulia mulia disisi ALLAH.

kemana arah kita...

dalam situasi hiruk pikuk ini,dengan segala rentetan isu isu terkini,rakyat marhain seolah olah terbuai oleh alunan irama pada masa kini iaitu,kes liwat dsai.biarpun kes ini masih dalam mahkamah,namun pelbagai kesimpulan dibuat oleh umum,Sewaktu kes ni sedang hangat dikatakan oleh umum,berbagai bagai pendapat yang berteraskan fahaman pilitik yang berbeza,orang itu kata begini,orang ini kata begini,diluar kesedaran kita,kita telah terikut rentak alunan itu sehingga kita terlupa apa yang terjadi dan bakal terjadi kepada kita semua.sewaktu kemuncaknya pendukung reformasi sehingga diterjemahkan didalam PRU 2008,Dimana ketika itu Pakatan Rakyat memenangi 6 buah negeri termasuklah Wilayah persekutuan,maka selepas itu berlakulah rentetan demi rentetan peristiwa yang bermula dari negeri PERAK DARUL RIDZUAN,dimana rampasan kuasa secara politik berlaku,Dan Pakatan Rakyat yang sememangnya mendapat mandat rakyat telah diketepikan mengikut saluran mahkamah,Kemudian dari situ bermulalah berbagai pendedahan yang melibatkan kazanah negara didedahkan satu persatu kepada umum,Rakyat marhain melihat sahaja politikus ni memberi alasan,sehingga alasan tersebut tak masuk akal,contoh kes enjin hilang,DALAM MASA YANG SAMA rakyat dibebani oleh keadaan ekonomi yang semakin terhimpit.Kalau dilihat pada senario yang berlaku pada PRK 2008 dahulu,KEBANYAKAN RAKYAT tidak lah mengikuti perkembangan politik tanah air,tetapi ianya lebih kepada kesan ekonomi yang semakin menghimpit.jadi apakah arah kita pada hari ini,,renung kan lah

Tuesday, February 9, 2010

Ibnu Taimiah dalam ungkapannya didalam kitabnya Minhaj al sunnah,Tidak mengizinkan terlalu banyak intelektualisasi,termasuk interpretasi,Sebab baginya dasar ilmu pengehtahuan manusia yang terutama ialah fitrah nya,Dengan fitrah itu manusia mengetahui tentang baik dan buruk,dan tentang benar dan salah,Fitrah yang merupakan asal kejadian manusia yang menjadi satu dengan dirinya melalui intuisi,hati kecil,hati nurani dan lain lain.Ini diperkuatkan lagi oleh agama,yang disebut oleh ibnu taimiah sebagai fitrah yang di turunkan(al fitrah al munazallah)